Pulau Tuba Langkawi – Destinasi Menarik untuk Pencinta Alam Semulajadi
Pulau Tuba adalah salah satu pulau di Langkawi yang terletak bersebelahan Pulau Dayang Bunting.
Ia tidak sepopular Pulau Dayang Bunting namun menjanjikan pemandangan yang indah sesuai untuk pencinta alam semulajadi
Pulau Tuba terletak dalam lingkungan 5km dari jeti kuah dan merupakan perkampungan nelayan di Langkawi. Walaupun terletak agak jauh dari pekan kuah ia tetap dilengkapi dengan kemudahan asas.
Destinasi ini sangat sesuai jika kita ingin lari dari kesibukan bandar dan tempat percutian yg kurang sesak dengan orang ramai.
Pulau ini juga sering dikunjugi ‘backpackers’ dan peminat fotografi.
Aktiviti – aktiviti di Pulau Tuba, Langkawi
- Menjelajah Gua Wang Buloh
- Jungle Trekking
- Mangrove Tour
- Memerhati Burung
- Makan makanan laut
- Bersiar-siar sambil menyeberangi jambatan antara Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting
Mari saya kongsikan gambar-gambar menarik di Pulau Tuba yang dikongsikan oleh rakan saya di akaun facebook beliau
Diharapkan perkongsian saya ini dapat memberikan idea bagi percutian anda seterusnya.
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat jangan lupa share pada rakan-rakan anda.
#pulautuba #langkawai #destinasipercutian #cuti-cutimalaysia