Sumber: https://www.jamieoliver.com/

Resepi Udang Bawang Putih yang Mudah dan Sangat Sedap

Resepi Udang Bawang Putih diolah dari resepi chef Jamie Oliver

Bahan-Bahan:

  1. 8 ekor udang bersaiz sederhana atau besar
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 1 cili merah (boleh tambah jika sukakan pedas)
  4. Beberapa tangkai daun pasli
  5. 50 ml minyak zaitun
  6. ½ sudu teh paprika
  7. ½ biji lemon

Cara-Cara:

  • Kopek kulit Udang dan buang kepalanya kemudian bersihkan udang dengan air bersih.
  • Kupas bawang putih dan potong kecil bersama cili.
  • Bersihkan daun pasli dan potong halus.
  • Letakkan minyak zaitun diatas kuali dan panaskan, kemudian masukkan bawang dan cili. Goreng selama 30 saat kemudian masukkan paprika.
  • Masukkan udang dan goreng selama 2 minit untuk setiap bahagian (atau sehingga masak).
  • Tambahkan sebahagian besar daun pasli dan perahan setengah biji lemon,
  • Akhir sekali, masukkan garam dan lebihan daun pasli dan gaul sekata.

Hidangan udang bawang putih anda siap dimasak. Selamat mencuba Resepi Udang Bawang Putih yang Mudah dan Sedap ini.