Cara Promosi Bisnes Anda, Buat Duit di Instagram & Facebook | Apakah cara nak berbisnes melalui platform media sosial Facebook dan Instagram yang terbaik? Rasanya ramai yang tahu cara nak daftar dan guna Facebook dan Instagram tapi tidak tahu apakah cara terbaik untuk menggunakannya. Ada bisnes, dua media sosial ini agak penting untuk kita kenalkan produk yang dijual, maka eloklah untuk ambil tahu cara promosi bisnes FB IG untuk buat duit dengan betul di media sosial. 

Tidak dinafikan, akaun media sosial ini untuk kita bersosial. Akaun Facebook dan Instagram ini boleh digunakan untuk tujuan personal, rasmi dan bisnes. Maka, adalah sangat berpotensi untuk anda bertemu dengan pelanggan baru melalui FB dan IG. Syaratnya, anda perlu ikut cara yang betul untuk berbisnes secara online melalui media sosial ini.

cara promosi bisnes

cara promosi bisnes

 

Jom Belajar Cara Promosi Bisnes Anda di FB & IG

Perkara pertama yang perlu di ambil tahu adalah berkaitan Hard Sell dan Soft Sell.

Apa itu Hard Sell dan apa itu Soft Sell?

Untuk pengetahuan, kedua-duanya adalah penting dalam menentukan berapa banyak sales yang akan masuk dalam sesebuah bisnes. Hard Selling ini seperti kita terus promote direct apa product yang kita ada pada sasaran pelanggan. Manakala Soft sell pula adalah pengiklanan secara tidak langsung kepada prospek anda. Soft selling adalah cara pendekatan atau penjualan yang di lakukan tanpa tingkat agresif yang tinggi. Soft sell dan Hard Sell ini bergantung kepada copywriting yang digunakan pada FB dan IG. 

Antara Hard Sell dan Soft Sell ini, saya sarankan anda jangan direct hardsell produk atau bisnes. Risau followers anda muak kalau terlalu buat hardsell, terus unfollow. Selain itu, kalau di Facebook, menggunakan Facebook personal untuk hardsell produk anda, risau pihak Facebook delete atau sekat akaun anda. Untuk Instagram pula, sekarang dah ada IG Shopping untuk mereka yang menjual produk melalui Instagram.

Izinkan saya kongsi beberapa tips untuk mempromosikan bisnes di Facebook dan Instagram. Apa yang saya kongsikan ni, tak seharusnya anda ambil bulat-bulat. Anda buat penilaian sendiri, mana tips yang sesuai, anda cuba buat. Mana yang anda rasa tak begitu sesuai, anda boleh cuba tips lain. 

 

Tips Penting Cara Promosi Bisnes Melalui Facebook

Untuk anda yang menggunakan Facebook untuk berbisnes, saya syorkan anda untuk create Facebook page.

Cara Promosi Bisnes FB #1 : FB Pages

Facebook page ini seperti sebuah mini website. Berikan Facebook page anda nama yang bersesuaian dengan produk / bisnes jualan anda. Kemudian, set up header yang menarik, letak imej yang bersesuaian dan isi maklumat berkaitan dengan bisnes anda di bahagian yang disediakan. Ini memudahkan bakal pelanggan anda untuk mengetahui serba sedikit tentang bisnes anda.

Di Facebook page ini juga, anda boleh buat hardsell mahupun softsell. Selain itu, anda juga boleh melakukan Facebook Ads untuk mencari pelanggan, namun perlu diketahui Facebook Ads adalah berbayar dan anda kena ambil tahu bagaimana membuat Facebook Ads yang berkesan agar iklan yang anda lakukan berbaloi dengan bayaran yang anda bayar kepada pihak Facebook.

Facebook page juga membenarkan anda untuk melakukan scheduling post. Kalau anda tiada masa untuk mengemaskini Facebook page anda setiap hari atau secara kerap, maka anda boleh luangkan satu atau dua hari dalam seminggu untuk membuat post, dan kemudian di-schedule pada hari dan waktu tertentu. Jadi, Facebook page anda kelihatan sentiasa dikemaskini.

Facebook Page anda masih baru, anda kenalah rajin untuk promote Facebook Page anda agar menerima lebih banyak LIKE. Salah satu cara nak tambah LIKE ialah, rajin-rajin share post anda di Facebook page ke Facebook personal anda. Branding-kan diri anda sehingga ramai yang akan mengingati Facebook personal dan page anda.

 

Cara Promosi Bisnes FB #2 : Facebook Personal

Untuk Facebook personal, pihak Facebook sebenarnya hanya membenarkan pengguna untuk bersosial secara sihat. Tidak digalakkan menggunakan Facebook personal untuk dijadikan tempat berniaga. Jadi untuk Facebook personal, anda boleh menulis apa sahaja berkaitan aktiviti anda, dan sesekali selitkan juga produk / bisnes anda secara softsell kepada audiens anda dan promosikanlah juga Facebook page anda kepada rakan-rakan atau pengikut anda.

Contohnya, jika anda menjual buku belajar Mandarin, anda boleh bercerita tentang keseronokan belajar bahasa asing, berkongsi apps yang sesuai digunakan untuk membantu memperbaiki bahasa Mandarin atau apps yang memudahkan untuk membuat translation BM/BI – Mandarin.

Selain itu, anda juga boleh berkongsi Facebook Group yang menyokong dan membantu sesiapa yang ingin belajar Mandarin. Akhirnya, anda boleh berkongsi kepada audiens anda buku yang anda gunakan dalam membantu proses pembelajaran Mandarin. Ramai yang suka ambil tahu bila kita berkongsi perkara bermanfaat sebegini berbanding menjual produk / bisnes secara direct.

 

Cara Promosi Bisnes FB #3 : Facebook Story

Salah satu perkara yang menarik di sosial media seperti Facebook ialah, kita boleh berkongsi cerita melalui Facebook Story. Ada yang tidak begitu suka untuk scroll up and down membaca feed Facebook mereka, sebaliknya lebih gemar melihat perkongsian di Facebook Story. Saya mendefinisikan Facebook Story ialah seperti shortcut kepada feed Facebook seseorang. 

Kongsilah sedikit cerita tentang aktiviti hidup anda untuk meraih engagement dan sambil sambil tu, kalau anda mempunyai produk, kongsilah gambar / katalog ke Facebook Story anda. 

 

Cara Promosi Bisnes FB #4 : Facebook Live

Saya perhatikan semakin ramai yang suka menggunakan Facebook Live. Ianya membolehkan anda berinteraksi secara terus dengan pengikut. Lakukan promosi produk / bisnes anda di Facebook secara live, seronoknya anda boleh melayan karenah viewers anda secara langsung. Anda juga boleh menjawab sebarang pertanyaan tentang produk yang anda jual, boleh sembang-sembang santai, boleh kenalkan produk anda dengan lebih dekat lagi kepada viewers anda.

Selain tu, anda pun boleh ajak sesiapa untuk live bersama anda. Jadi, mereka yang pernah menggunakan produk anda tu, boleh ajak mereka untuk review dan bagi pendapat tentang produk yang anda jual.

 

Tips Promosi Bisnes Melalui Instagram

cara promosi bisnes

cara promosi bisnes

 

Berlainan sedikit dengan Facebook, platform Instagram pula lebih menumpukan kepada kandungan visual. Antara perkara yang perlu dipentingkan adalah :

Guna Theme Untuk Susun Atur Instagram Feed

Jadi, dan namanya pun visual, kalau nak tarik perhatian orang, kenalah sediakan gambar gambar yang cantik dan menarik. Dan susun feed Instagram anda supaya kelihatan lebih kemas untuk memberikan followers anda perasaan jatuh cinta kepada feed Instagram tersebut.

Dengan kata lain, buatlah theme untuk Instagram feed anda. Theme yang anda boleh fikirkan antaranya ialah:-

  • Color block theme
  • Minimalist theme
  • Black and white theme
  • Color splash theme
  • Flatlay theme
  • Monotheme theme
  • Dark theme
  • Color coordinated theme
  • Black / White borders theme
  • Square Instagram theme
  • Pretty in Pink theme
  • Pastel Bright theme

Dan ada banyak lagi theme lain. Boleh baca di sini INSTAGRAM FEED IDEAS + HOW TO RE-CREATE THEM ALL YOURSELF! untuk mencari idea yang lebih menarik.

 

Guna Tanda Pagar / Hashtag # Yang Relevan Dengan Produk 

Tanda pagar atau lebih dikenali sebagai hashtag # adalah salah satu ciri penting yang disediakan oleh Instagram. Ianya seperti mesin pencari di Instagram. Hashtag memudahkan orang luar mencari sesuatu produk, maka sangat penting untuk menggunakan hashtag yang anda fikirkan sesuai dengan produk / bisnes anda. Hashtag boleh membantu memberikan impak kepada Instagram anda, dan salah satu cara juga untuk menambahkan followers.

 

Instagram Video : IGTV , Reels

Salah satu yang menarik di Instagram ialah, anda boleh memuatnaik video untuk tontonan followers anda. Untuk video berdurasi panjang, anda boleh menggunakan IGTV, manakala untuk video singkat dibawah 30 saat, anda boleh menggunakan Reels. Yang menariknya tentang IGTV, ianya senang untuk diindeks oleh followers anda. Dan untuk Reels, bukan sahaja followers anda boleh melihatnya, tetapi sesiapa sahaja pengguna Reels dan video anda melalui feed Reels tersebut.

Jadi, anda boleh mengambil kesempatan untuk memuatnaik video menarik samaada berkaitan dengan produk anda, buat video unboxing, video sharing, video review, dan banyak lagi mengikut kreativiti anda. 

 

Instagram Story dan Instagram Live

Sama seperti Facebook Story  dan Facebook Live, Instagram juga mempunyai Story dan Live di mana cara penggunaan adalah hampir sama sahaja. Oh ya, muatnaik status / feed Facebook dan Instagram anda pada waktu yang bersesuaian. Takkan jam 3am nak upload status / feed media sosial anda padahal ramai yang sedang tidur ketika itu melainkan anda mensasarkan untuk followers luar negara anda yang sedang bangun ketika itu.

 

Saya rasa ini sahaja perkongsian buat masa ini berkaitan cara promosi bisnes anda di Facebook dan Instagram. Kalau betul caranya, anda boleh meraih pendapatan menggunakan platform Facebook dan Instagram sebagai zero cost marketing. 

Saya harap semoga perkongsian ini bermanfaat dan jika anda ada idea dan cadangan lain, boleh kongsikan di ruang komen ya.