Resepi Puding Beri Sedap dari Nigella Lawson

Bahan-Bahan:

  1. 6 biji telur besar
  2. ½ sudu teh garam
  3. 250 gram gula kastor (untuk meringue)
  4. 2 sudu teh gula kastor (untuk topping)
  5. ½ sudu teh krim tartar
  6. 1 sudu teh ekstrak vanila
  7. 1 sudu teh mentega untuk minyak
  8. 250 mililiter double krim
  9. 4 biji buah markisa
  10. 175 gram beri hitam
  11. 175 gram strawberi

Cara-Cara:

  • Panaskan ketuhar hingga 220 ° C / 200 ° C.
  • Dalam mangkuk besar, pukul putih telur dan garam sehingga kembang dan bertukar menjadi warna putih. Kemudian masukkan 250g atau 1¼ cawan gula secara beransur-ansur dan diikuti dengan krim tartar dan vanila, pukul sebentar, sehingga menjadi warna putih, kaku dan berkilat.
  • Sapu loyang pembakar dengan mentega dan masukkan adunan kemudian masukkan ke dalam ketuhar, tutup pintu dan segera matikan ketuhar. Biarkan adunan semalaman, tanpa membuka ketuhar.
  • Apabila anda ingin menghidangkannya, alihkan puding ke pinggan besar kemudian pukul double krim sehingga pekat tetapi masih lembut dan lumurkan di atas puding. Keluarkan biji dan pulpa buah markisa dan letakkan di atas krim.
  • Setelah itu gaul strawberi dengan 2 sudu teh gula kastor dan susun juga di atas krim bersama buah beri. Puding anda siap untuk dihidangkan.

Diharapkan perkongsian mengenai resepi puding markisa ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Kredit: https://www.nigella.com/