Hari ni saya ingin kongsika tentang jenis-jenis kulit supaya lebih mudah untuk anda mengenali jenis kulit masing masing. Mengenali jenis kulit masing-masing adalah penting bagi memastikan anda membeli dan menggunakan produk kecantikan yang bersesuaian dengan kulit anda. Dibawah ini saya senaraikan jenis-jenis kulit dan ciri-cirinya:

1. Kulit Normal

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan adalah amat rendah, tekstur kulit sangat lembut dan mempunyai liang roma yang kecil dan mempunyai kandungan air yang cukup. Hanya sesekali individu yang mempunyai kulit normal akan mengalami masalah jerawat, jeragat atau bintik hitam.

2. Kulit Kering

Sebum yang dihasilkan oleh kulit kering sangat kurang maka ia akan mengakibatkan kulit wajah akan kelihatan kurang berkilat serta sentiasa kusam dan liang roma kelihatan terlalu kecil atau tidak kelihatan. Kulit seperti ini kadangkala mengelupas dan menyebababkan rasa tidak selesa seperti pedih atau gatal.

3. Kulit Berminyak

Kulit berminyak merupakan jenis kulit yang tidak disukai oleh kebanyakan wanita kerana ianya menghasilkan sebum yang banyak sehingga jelas nampak diwajah dan kilatan yang dihasilkan memberi impak yang buruk. Selain itu, liang pori yang besar juga menyebabkan mudahnya terjadi jerawat.

4. Kulit Kombinasi

Ia mengabungkan ketiga tiga jenis kulit iaitu normal, berminyak dan kering. Kebiasaannya tempat yang kering adalah disekitar pipi dan berminyak dibahagian dahi serta hidung atau dipanggil sebagai “T zone”.
Diharapkan artikel ini dapat memberi manfaat kepada anda dan memudahkan anda untuk mengenali jenis kulit wajah anda.