Penjagaan kulit wajah adalah penting bagi memastikan kulit wajah anda kekal sihat dan mengelakkan dari sebarang masalah kulit yang serius. Terdapat 5 langkah asas dalam penjagaan kulit wajah bagi mendapatkan kulit yang cantik:

1. Mencuci muka dengan pencuci muka (cleanser)

Anda wajib mencuci muka 2 ke 3 kali dalam sehari kerana ianya langkah penting bagi mencuci segala kekotoran dan minyak di muka anda. Bagi yang mempunyai kulit jenis kering atau normal anda tetap digalakkan untuk mencuci muka dengan menggunakan produk yang bersesuain dengan kulit muka anda.

2. Memakai topeng muka (Mask)

Langkah Penjagaan Kulit

Pemakaian mask sebanyak 2 atau 3 kali seminggu selama lebih kurang 15 minit. Langkah ini mampu membantu mencerahkan kulit anda dan memudarkan kesan parut di wajah.

3. Penggunaan toner

Langkah ini berfungsi untuk menyegarkan kulit anda selepas mencuci muka dan juga untuk membuang sisa kekotoran yg tertinggal di kulit wajah selepas mencuci muka.

4. Memakai pelembap muka (Moisturizer)

Pelembap muka membantu melembapkan kulit dan ianya adalah langkah wajib setelah mencuci muka kerana aktiviti mencuci muka boleh menyebabkan kulit kering. Oleh itu kulit perlu melakukan prosen penghidratan bagi menyeimbangkan kelembapan kulit semula.

5. Perlindungan dari sinar ultra violet (UV)

Pemakaian krim atau lotion yang mengandungi spf adalah sangat penting bagi memastikan kulit mendapatkan perlindungan dari sinar UV. Ini kerana sinar UV adalah merbahaya pada kulit kerana ia boleh menyebabkan masalah jerawat dan jeragat. Jadi pastikan anda memakai cream, losyen atau foundation yang mempunyai spf15 ke atas. Namun jika anda pegi ke tempat yang lebih panas seperti pantai pastikan anda memkain produk yang mempunyai kandungan spf yang lebih tinggi bagi menjaga kulit wajah anda.

Produk Penjagaan Kulit

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua dan jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan anda.