Resepi Nasi Goreng Udang Kering

Cadangan hidangan : 3-4 Orang

Bahan-Bahan:

2 cawan nasi putih
Satu genggam kubis
1/2 batang lobak
6 ekor udang (optional)
1 biji telur
1 sudu besar sos tiram
Garam
Gula
Serbuk perasa (optional)
Sedikit minyak masak

Bahan kisar:

1 biji bawang besar (atau boleh tukar dengan 4 biji Bawang merah)
3 ulas Bawang putih
8 cili kering direndam (boleh tambah jika sukakan pedas atau kurangkan jika tidak suka pedas)
3 sudu besar udang kering direndam

Cara-Cara:

  • Bersihkan dan kopek kulit udang dan potong pada saiz kecil.
  • Potong kubis, dan lobak kemudian basuh sayuran dan toskan.
  • Bersihkan dan kopek bawang besar dan bawang putih dan masuk ke dalam pengisar (anda boleh juga tumbuk dengan lesung batu atau potong halus bahan-bahan) kemudian tambahkan cili kering dan udang kering yang seterusnya kisar bahan-bahan sehingga halus dan sekata.
  • Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak, setelah minyak panas tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  • Masukan sos tiram dan gaul sekata kemudian tambahkan udang dan gaul secara berkala seterusnya biarkan seketika sehingga udang masak.
  • Seterusnya masukkan telur dan biar seketika sehingga telur separuh masak kemudian hancurkan telur dan gaul sekata dengan bahan-bahan lain.
  • Setelah itu masukkan sayur dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika menggunakannya).
  • Akhir sekali tambahkan nasi dan gaul sekata. Setelah itu, anda boleh rasa nasi goreng anda dan boleh perasakan sekali lagi jika tidak menepati citarasa anda.

Selamat mencuba resepi Nasi Goreng udang kering yang mudah ini.