Resepi Sayur Brokoli mentega yang mudah dan lazat ini sangat sesuai untuk anda yang kesuntukan masa tapi masih ingin menikmati masakan rumah.

Bahan-Bahan:

  1. Garam
  2. Lada hitam
  3. 2 ulas bawang putih
  4. 1 biji brokoli
  5. Anggaran 1 genggam kubis bunga
  6. 2 sudu besar mentega

Cara-Cara:

  1. Bersihkan dan potong brokoli dan kubis bunga kepada saiz kecil.
  2. Setelah itu, kopek bawang putih dan potong halus.
  3. Seterusnya masukkan mentega ke dalam kuali dan panaskan sehingga mentega cair dan berbuih.
  4. Kemudian masukkan bawang putih dan tumis sehingga berwarna sedikit perang.
  5. Tambahkan brokoli dan kubis bunga ke dalam kuali dan gaul rata dan perasakan dengan garam dan lada hitam mengikut citarasa anda.
  6. Gaul sekali lagi sehingga sekata dan sayur brokoli anda siap untuk dihidangkan.

Selamat resepi sayur brokoli yang sangat sedap ini.