Bihun goreng adalah antara menu kegemaran untuk sarapan dan makan petang. Malah ia juga sering dihidangkan pada majlis-majlis korporat dan keramaian. Oleh itu, mari saya kongsikan resepi bihun goreng mudah untu anda cuba

Bahan-Bahan:

350-400g bihun
150g ayam (atau anggaran segenggam)
100g kubis
1 batang lobak merah
1 biji tomato (potong kepada 4 bahagian)
1 biji telur
2 sudu cili giling
1 1/2 sudu sos cili
1 sudu kicap manis (atau kicap pilihan anda)
1 sudu sos tiram
1/3 cawan air

Bahan Kisar:

1/2 Bawang Holland
3 ulas Bawang putih
1 sudu udang kering
1/2 kiub pati ayam

Cara-Cara:

  • Celur atau rendam bihun di dalam air panas atau air mendidih, setelah bihun lembut (jangan terlampu lembik bagi megelakkan bihun hancur ketika digoreng) toskan dan biarkan seketika.
  • Bersihkan ayam dan potong pada saiz kecil.
  • Potong kubis, dan lobak kemudian basuh sayuran dan toskan.
  • Bersihkan dan kopek bawang besar dan bawang putih dan masuk ke dalam pengisar (anda boleh juga tumbuk dengan lesung batu atau potong halus bahan-bahan)
  • Tambahkan udang kering yang telah dibersihkan diikuti kiub pati yam. Kisar bahan-bahan sehingga halus dan sekata.
  • Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak, setelah minyak panas tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  • Masukan cili giling dan tumis sehingga naik bau seterusnya masukkan sos cili, sos tiram serta kicap dan gaul sekata, kemudian tambahkan ayam  diikuti dengan air dan gaul secara berkala seterusnya biarkan sehingga ayam masak.
  • Seterusnya masukkan telur dan biar seketika sehingga telur separuh masak kemudian hancurkan telur dan gaul sekata dengan bahan-bahan lain.
  • Setelah itu masukkan sayur dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika menggunakannya).
  • Akhir sekali tambahkan bihun yang sudah di celur tadi dan gaul sekata. Setelah itu, anda boleh rasa bihun goreng anda dan boleh perasakan sekali lagi jika tidak menepati citarasa anda.

Selamat mencuba resepi bihun goreng yang mudah dan pastinya suami serta anak-anak bertambah sayang.