Uban ialah rambut pramatang yang kekurangan pigmen melanin. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan rambut sesorang beruban antaranya adalah, stress, genetik dan merokok. Uban sering terjadi pada mereka yang sudah berusia namun ianya juga boleh terjadi pada individu yang masih muda. Mari saya kongsikan 12 petua untuk elak uban.

12 Petua Elak Uban

1) Sapu minyak kelapa dan ratakan ke seluruh rambut.
2) Jangan stress kerana stress adalah punca uban.
3) Jangan merokok kerana rokok memberi tekanan kepada rambut anda
4) Minum air supaya follicle rambut dapat nutrient yang mencukupi.
5) Ambil makanan yang mengandungi kuprum seperti Walnut, Almond, Nenas, Daging, Beri Hitam dan Keladi.
6) Makan lobak dan sawi, selain itu makanan yang mengandungi iodin adalah baik untuk menghitamkan dan menguatkan rambut.
7) Makan telur kerana telur adalah sumber protein yang baik untuk rambut.
8) Pengambilan Vitamin B12 seperti keju, pisang, iklan dan telur.

9) Pengambilan Omega-3 dari makanan semulajadi seperti ikan salmon.

10) Kurangkan terdedah kepada cahaya ultraviolet.

11) Tidur yang cukup dan pastikan anda selalu dalam keadaan tenang dan kurang stress.
12) Bersenam kerana ia dapat membantu melancarkan aliran darah anda.
Bagi individu yang mengalami masalah uban pada usia muda adalah dinasihatkan agar tidak mencabut uban kerana folikel rambut sedang diperbaiki. Jika anda kerap mencabut uban ia akan menyebabkan rambut sukar untuk tumbuh semula kerana sudah mengalami kerosakan.