Kenapa perlu minum air suam?

Ramai yang menyangka tabiat minum air suam hanya petua atau cerita daripada orang tua-tua sahaja. Tetapi, pengamal penjagaan kesihatan juga memang berpendapat bahawa minum air suam menyumbang kepada kehidupan dan kesihatan yang lebih baik. Jadi adakah mengamalkan meminum air suam hanyalah petua orang-orang tua?
Meminum air yang secukupnya merupakan satu langkah penting untuk mengelakan berlakunya dehidrasi badan, satu langkah penting dalam kehidupan seharian untuk mencapai tahap kesihatan yang optimal. Jadi adalah penting untuk anda memastikan tubuh anda mendapatkan air yang secukupnya.
Mengamalkan meminum air diwaktu pagi pula dapat membantu anda meningkatkan metabolisma badan. Manakala mengamalkan meminum air yang secukup pada hari tersebut akan membantu mengimbangi metabolisma badan anda sebaik mungkin.
Jika anda mengamalkan meminum air yang secukup dan air yang diminum pula merupakan air suam, maka ia mempunyai beberapa kebaikan tambahan.

Akhir sekali mari saya kongsikan pesanan dari Dr. Zubaidi Hj. Ahmad mengenai pengambilan air, kita harus minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari jika kita mahu kekal sihat dan bebas dari penyakit kronik. Jangan menghabiskan sisa hidup kita dengan penyakit kronik hanya kerana kita tidak minum air yang mencukupi.

Selain itu, air dapat membekalkan tenaga dari proses metabolisme, melambatkan proses penuaan, risiko sakit kepala dan penyakit kronik yang serius.