Madu adalah salah satu makanan sunnah, rasaya yang sedap dan manis menjadikanya sebagai salah satu bahan yang sering digunakan dalam masakan dan membuat kek serta pencuci mulut. Dibawah ini saya senaraikan antara khasiat madu yang menjadikannya antara makanan yang paling berkhasiat:
1. Sumber tenaga
2. Menambah Stamina Spontan
3. Melancarkan darah
4. Melancarkan sistem pencernaan
5. Mengubati Luka
6. Meningkatkan metabolisme tubuh
7. Meningkatkan kecerdasan minda, hafalan dan selera anak
8. Nutrien lengkap ibu hamil
9. Meningkatkan imun badan
Terdapat banyak jenis madu di dunia ini namun pada kali ini saya menulis berkenan perbezaan antara madu tualang dan madu ternak kerana madu tualang adalah antara jenis madu yang terbaik khasiatnya namun agak sukar di dapatinya dan harganya agak mahal.

Khasiat Madu

Madu ternak terhasil dari rumah atau kebun penternak lebah namun madu tualang di dapati dari hutan yang terdapat pada pokok tualang. Menurut kajian Universiti Sains Malaysia (USM) madu tualang ni sangat positif bagi Kanser Payudara dan menghasilkan tindak balas lebih cepat berbanding dengan madu ternak. Selain itu, madu tualang boleh menghilangkan parut luka dan kulit kembali normal dalam masa 2 minggu, ianya terbukti berdasarkan kajian Universiti Malaya (UM), Prof. Kamarudin.
Akhir sekali saya sertakan pesanan Rasulullah mengenai pemakanan dan khasiat madu,  diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda ”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”.

Lebah