Resepi Nasi Goreng Simple yang Sedap

Cadangan hidangan : 3-4 Orang

Bahan-Bahan:

2 cawan nasi putih
Satu genggam kubis
1 batang lobak
150g ayam
1 biji telur
1 1/2 sudu besar sos tiram
Garam
Gula
Serbuk perasa (optional)
Sedikit minyak masak

Bahan kisar:

1 Bawang besar (atau boleh tukar dengan 4 biji Bawang merah)
3 ulas Bawang putih
9 cili padi ( boleh tambah jika sukakan pedas atau kurangkan jika tidak suka pedas)
1 inci belacan
2 sudu besar ikan bilis sudah kopek
1/2 kiub pati ikan bilis

Resepi nasi Goreng Sempoi

Cara-Cara:

  • Bersihkan ayam dan potong pads saiz kecil.
  • Potong kubis, dan lobak kemudian basuh sayuran dan toskan.
  • Bersihkan dan kopek Bawang besar dan Bawang putih dan masuk ke dalam pengisar (anda boleh juga tumbuk dengan lesung batu atau potong halus bahan-bahan)
  • Tambahkan cili dan bilis yang telah dibersihkan diikuti dengan belacan dan kiub pati ikan bilis. Kisar bahan-bahan sehingga halus dan sekata.
  • Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak, setelah minyak panas tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  • Masukan sos tiram dan gaul sekata kemudian tambahkan ayam dan gaul secara berkala seterusnya biarkan sehingga ayam masak.
  • Seterusnya masukkan telur dan biar seketika sehingga telur separuh masak kemudian hancurkan telur dan gaul sekata dengan bahan-bahan lain.
  • Setelah itu masukkan sayur ban perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika menggunakannya).
  • Akhir sekali tambahkan nasi dan gaul sekata. Setelah itu, anda boleh rasa nasi goreng anda dan boleh perasakan sekali lagi jika tidak menepati citarasa anda.

Selamat mencuba resepi Nasi Goreng yang mudah ini.