Resepi masak lemak sayur ini memang sering dimasak oleh ibu saya waktu saya masih kecil dan ianya sedap dimakan dengan nasi putih dan ikan goreng serta sambal belacan. Mari saya kongsikan resepi untuk menu ini.

Bahan-Bahan:

  1. 1 genggam kubis (anggaran)
  2. 1 genggam kubis bunga (anggaran)
  3. 1 batang lobak merah
  4. 1/2 biji tomato (potong Dua)
  5. 200ml santan
  6. 3/4 cawan air ( jika suka kuah pekat boleh kurangkan atau lebihkan jika suka kuah cair)
  7. 1/2 kiub pati bilis
  8. Sedikit gula
  9. Sedikit garam
  10. Sedikit serbuk perasa (optional)
  11. Sedikit minyak masak
  12. Bahan kisar
    – 1 biji Bawang besar (atau 4 biji Bawang merah)
    – 3 ulas Bawang putih
    – Sedikit bilis yang telah dikopek
    – 4 biji cili padi ( jika suka pedas boleh lebihkan atau kurangkan jika tidak suka pedas)

Cara-Cara:

  • Potong kubis, kubis bunga dan lobak kemudian basuh sayuran dan toskan seterusnya bersihkan dan kopek bawang besar dan bawang putih dan masuk ke dalam pengisar (anda boleh juga tumbuk dengan lesung batu atau potong halus bahan-bahan).
  • Tambahkan cili dan bilis yang telah dibersihkan dan kisar bahan-bahan sehingga halus dan sekata.
  • Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak, setelah minyak panas tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau kemudian masukkan pati ikan bilis dan hancurkannya menggunakan senduk yang anda gunakan.
  • Masukkan kubis, kubis bunga dan lobak kemudian gaul sekata diikuti dengan santan dan gaul secara berkala.
  • Akhir sekali masukkan air dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (jika menggunakannya). Masak sehingga santan sedikit mendidih dan sayur sudah agak lembut.

Selamat mencuba resepi Masak Lemak Sayur yang mudah ini.