Spaghetti bolognese adalah salah satu menu yang sering dihidangkan samada ketika perayaan atau sajian harian bersama keluarga. Cara penyediannya yang mudah dan rasanya yang lazat menjadi menyebabkan hidangan ini diminati ramai.

Bahan-Bahan:

  1. 1/2 biji Bawang Holland
  2. 2 ulas Bawang putih
  3. 1 tin (300g) sos pasta Bolognese
  4. 1 sudu cili giling (boleh tambah jika sukakan pedas)
  5. 1 batang lobak
  6. 50g cendawan butang ( jika tiada boleh masak spaghetti tanpa cendawan butang)
  7. 200g spaghetti (atau pasta pilihan anda)
  8. 100g ayam  (atau boleh gantikan dengan sosej atau ayam/daging hancur)
  9. Garam
  10. Gula
  11. Lada hitam
  12. Serbuk perasa (optional)
  13. Minyak zaitun atau minyak masak

Cara-Cara:

  • Rebus spaghetti seperi arahan dibelakang peket bersama air mendidih yang diletakkan garam. Setelah masak toskan spaghetti dan taburkan sedikit minyak bagi mengelakkan spaghetti melekat di antara satu sama lain. Simpan satu cawan air rebusan spaghetti untuk memasak kuah bolognese nanti.
  • Bersihkan ayam dan potong pada saiz kecil
  • Kupas kulit dan potong halus Bawang Holland, bawang putih dan lobak. Kemudian bersihkan dan potong cendawan butang nipis-nipis.
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan panaskan, setelah itu masukkan Bawang Holland dan putih Dan tumis sehingga naik bau.
  • Setelah itu, masukkan cili giling dan tumis sehingga pecah minyak. Seterusnya, masukkan ayam, lobak dan cendawan dan gaul sekata.
  • Kemudian masukkan sos pasta dan tambahkan satu cawan air rebusan spaghetti tadi, setelah itu perasakan dengan sedikit garam, gula, lada hitam dan serbuk perasa (jika menggunakannya).
  • Akhir sekali, gaul bahan-bahan sekata dan masak sehingga kuah bolognese anda sedikit mendidih. Hidangkan kuah Bolognese anda bersama spaghetti yang telah direbus tadi.

Selamat mencuba resepi spaghetti Bolognese yang simple dan lazat ini.