Ayam goreng adalah antara menu wahib yang digemari oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Oleh itu, mari saya kongsikan resepi ayam goreng rangup yang mudah untuk anda cuba.

Bahan-Bahan:

  1. 6 ketul ayam saiz sederhana
  2. 1 sudu teh garam
  3. 1 sudu besar serbuk kunyit
  4. 3 sudu besar tepung bestari (atau tepung goreng ayam pilihan anda atau anda boleh juga menggunakan tepung beras tapi tambah lagi sedikit garam)
  5. Sedikit air
  6. Minyak Masak

Cara-Cara:

  • Bersihkan ayam kemudian masukkan ke dalam mangkuk besar. Kemudian tambahkan garam, serbuk kunyit dan tepung bestari dan gaul sekata (tambahkan sedikit air bagi memastikan ramuan melekat pada ayam) sehingga meliputi semua bahagian ayam.
  • Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan, setelah minyak panas masukkan ayam dan goreng dengan api sederhana. Jangan goreng di atas ape yang terlampau kuat bagi mengelakkan ayam tidak masak sekata di bahagian dalamnya. Goreng dalam 10 minit untuk setiap bahagian atau sehingga ayam masak ranggup dan berwarna keemasan.
  • Hidangkan ayam dan makan bersama nasi putih atau kentang goreng. Menu sangat mudah tapi menjadi kegemaran ramai orang terutama anak-anak.

Selamat Mencuba resepi ayam goreng rangup ini.