Resepi Salad Kentang Mudah untuk Si Kecil

Resepi ini telah diolah dari resepi asal chef Jamie Oliver

Bahan-Bahan:

  1. 1 kg kentang
  2. 2 sudu besar greek yoghurt
  3. 1 biji lemon
  4. 2 sudu besar minyak zaitun (virgin)
  5. 10g (atau mengikut citarasa) daun pasli atau daun bawang atau anda boleh gantikan dengan serbuk kering campuran herba.
  6. Garam
  7. Lada hitam

Cara-Cara:

  • Bersihkan kentang dan potong pada saiz kecil. Masukkan ke dalam periuk besar dan masak dalam air mendidih yang diletak sedikit garam selama kira-kira 15 minit, atau sehingga lembut. Setelah masak toskan kentang dan biarkan hingga sejuk sedikit.
  • Campurkan yogurt dengan jus lemon dan minyak zaitun kedalam mangkuk besar kemudian potong daun pasli dan tambahkan ke dalam mangkuk. Perasakan dengan sedikit garam laut dan lada hitam dan gaul sekata.
  • Akhir sekali, masukkan kentang ke dalam mangkuk dan gaul bersama kuah campuran tadi sehingga meliputi semua bahagian kentang. Kini, salad kentang untuk anak anda sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba resepi salad ini dan jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan anda.

kredit: https://www.jamieoliver.com/