Resepi Roti Kek Buah Ceri bersama Badam

Resepi ini ditulis berdasarkan resepi yang dikongskikan oleh Nigella Lawson

Bahan-Bahan:

  1. 200 gram buah ceri
  2. 250 gram tepung penaik sendiri
  3. 225 gram mentega (dilembutkan)
  4. 175 gram gula kastor
  5. 3 biji telur besar
  6. 2 – 3 titis esen badam
  7. 100 gram kacang badam
  8. 6 sudu susu

Cara-Cara:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 170ºC / 150 ° C.
  • Potong buah ceri kepada dua bahagian kemudian basuh dengan air sejuk kemudian toskan dan keringkannya. 
  • Pukul telur dengan garfu sehinga sekata.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang. Secara beransur-ansur masukkan telur yang telah dipukul, esen badam dan diikuti dengan tepung naik sendiri. Pukul bahan-bahan dengan sekata.
  • Kemudian tambahkan kacang badam, buah ceri dan susu dan gaul sekata. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar dan bakar selama ¾-1 jam, atau sehingga kek masak sepenuhnya.
  • Setelah kek masak sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong. Hidangkan bersama air kegemaran anda memang sangat lazat sekali.

Selamat Mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi roti Kek Buah Ceri bersama Badam ini dengan rakan-rakan anda.

kredit: https://www.nigella.com/