Resepi Coklat Brownies yang Simple

Resepi ini ditulis berdasarkan resepi chef Jamie Oliver

Bahan-Bahan:

  1. 250 g coklat gelap berkualiti (70%)
  2. 250 g mentega tanpa garam
  3. 4 biji telur saiz besar
  4. 250 g gula kastor
  5. 2 sudu besar tepung naik sendiri
  6. 2 sudu besar serbuk koko
  7. Sedikit garam

Cara-Cara:

  • Panaskan ketuhar hingga 180ºC / 350ºF .
  • Koyakkan sekeping kertas kalis minyak dan lapiskan pada loyang pembakar berukuran 20cm.
  • Masukkan coklat ke dalam mangkuk tahan panas, potong mentega dan tambahkan dengan sedikit garam laut. Cairkan di atas periuk yang diisi air diatas api kecil, kacau perlahan-lahan secara berkala, kemudian angkat dari api dan biarkan hingga sejuk sedikit.
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar, kemudian masukkan gula dan pukul sehingga kembang. Setelah itu ayak tepung, diikuti dengan serbuk koko dan pukul adunan dengan sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar dan ratakan adunan sehingga rata. Bakar selama 25 hingga 30 minit, atau sehingga masak (anda ).
  • Setelah itu, biarkan brownies sejuk selama 15 minit sebelum dihiris dan dihidangkan dengan ais krim vanila, hazelnut hancur dan popcorn karamel.

Selamat mencuba resepi yang mudah dan sedap ini.

Kredit: https://www.jamieoliver.com/