Resepi Sayur Campur

Bahan-Bahan:

  1. 150g kubis
  2. 150g lobak
  3. 150g kubis bunga
  4. 3 cili padi (boleh lebihkan jika suka pedas)
  5. ½ Bawang besar
  6. ¼ Bawang Holland
  7. 3 ulas bawang putih
  8. 1 sudu sos tiram
  9. Sedikit Bilis (anggaran 1 ½ sudu besar)
  10. Garam
  11. Gula
  12. Minyak masak
  13. ½ Air Kosong
  14. Serbuk perasa (optional)

Cara-Cara:

  • Bersihkan dan potong kubis, lobak dan kubis bunga pada saiz kecil.
  • Kupas kulit dn bersihkan bawang besar, holland dan putih kemudian masukkan ke dalam pengisar bersama cili padi dan bilis yang sudah dibersihkan. Kisar halus semua bahan-bahan atau boleh juga potong halus dengan pisau,
  • Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak, setelah panas masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
  • Setelah itu masukkan sayuran diikuti sos tiram dan gaul rata, tambahkan air kosong kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dan gaul sekali lagi.
  • Tutup kuali dan biarkan selama 5 hingga 8 minit atau sehingga sayur masak. Akhir sekali, angkat sayuran dan hidangan sayur campur anda sudah siap dan boleh dihidangkan bersama nasi dan lauk kegemaran anda.

Selamat mencuba resepi sayur campur yang teramat mudah ini.