Resepi Ayam Goreng Kunyit yang Sempoi

Bahan-Bahan

  1. 200g ayam
  2. 100g lobak
  3. 100g kubis bunga
  4. ½ bawang Holland
  5. 1 ulas bawang putih
  6. 1 cili padi (boleh lebihkan jika suka pedas)
  7. Garam
  8. 1 – 2 sudu Serbuk Kunyit
  9. Minyak masak
  10. Serbuk perasa (optional)

 

Cara-Cara:

  • Bersihkan ayam dan potong kecil atau bentuk dadu kemudian gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan kuali dan letakkan minyak untuk menggoreng ayam selama 8-10 minit)

  • Bersihkan dan potong halus kubis bunga dan lobak.
  • Kupas bawang Holland dan putih kemudian potong halus bersama cili padi.
  • Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak, setelah panas masukkan bawang Holland, putih dan cili padi kemudian tumis sehingga naik bau.

  • Setelah itu masukkan sayuran dan diikuti dengan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaul rata, kemudian perasakan dengan serbuk perasa (optional) dan gaul sekali lagi.
  • Masak/Goreng selama 5-10minit atau sehingga masak. Ayam goreng kunyit anda sudah siap dan boleh dihidangkan bersama nasi dan kicap atau sambal kegemaran anda.

Selamat mencuba resepi ayam goreng kunyit sempoi yang teramat mudah ini.