Sumber: https://www.jamieoliver.com/

Resepi Telur Omelette bersama Herba

Resepi ini diolah dari resepi asal chef Jamie Oliver

Bahan-Bahan:

  1. 2 biji telur
  2. Beberapa tangkai ramuan herba campuran pilihan anda, seperti chives dan pasli. (Boleh juga ganti dengan serbuk campuran herba)
  3. 1 ketulan mentega besar
  4. Garam
  5. Lada Hitam

Cara-Cara:

  • Pecahkan telur dan pukul dengan garfu, Kemudian masukkan herba yang telah dipotong dan perasakan dengan garam dan lada hitam.
  • Panaskan kuali dengan mentega sehingga mentega berbuih.
  • Setelah buih mentega sudah berkurangan (tiada), masukkan campuran telur dan sebarkan dengan sekata di dalam kuali. Terbalikkan telur setelah satu bahagian telah berwarna keemasan.
  • Angkat telur omelette dan hidangkan bersama roti bakar kegemaran anda.

Selamat mencuba Resepi Telur Omelette bersama Herba ini yang pastinya sesuai untuk diet anda juga.