Resepi Clams Panggang yang Mudah

Resepi ini diolah dari resepi chef Jamie Oliver.

Sumber: https://www.jamieoliver.com/

Bahan-bahan

  1. 1kg clams (jenis clams mengikut pilihan anda)
  2. 2 biji cili merah segar
  3. 3 ulas bawang putih
  4. 3 tangkai rosemary segar
  5. Minyak zaitun
  6. 1-2 biji lemon

Cara-Cara:

  • Panaskan ketuhar pada suhu yang tinggi.
  • Bersihkan dan bilas clams/kepah. Pastikan clams masih tertutup
  • Potong cili dan kupas bawang putih kemudian tabur di atas clams.
  • Bersihkan rosemary dan taburkan di atas clams diikuti dengan minyak zaitun.
  • Panggang clams bersama semua bahan selama 5-6 minit sehingga clams terbuka.
  • Keluarkan clams dari ketuhar setelah masak dan perahkan  separuh jus lemon.
  • Hidangkan clams bersama hirisan buah lemon dan roti pilihan anda.

Selamat mencuba resepi clams panggang yang amat mudah dan sedap ini.