Sumber: https://www.jamieoliver.com/

Resepi Yogurt Mangga yang Lazat dan Sihat

Resepi yang lazat dan mudah ini diolah berdasarkan resepi Jamie Oliver.

Bahan-Bahan:

  1. 1 biji mangga masak 
  2. 1 sudu teh Ekstrak vanila
  3. 180 g yoghurt semula jadi
  4. 100 g Granola hancur (serbuk)

Cara-Cara:

  1. Kupas dan bersihkan mangga. Potong dan masukkan ke dalam pengisar, kemudian kisar mangga hingga halus.
  2. Campurkan ekstrak vanilla dan yogurt di dalam mangkuk kecil dan gaul rata.
  3. Masukkan campuran vanilla dan yogurt ke dalam bekas pilihan anda membentuk satu lapisan, kemudian di ikuti dengan lapisan manga dan akhir sekali letakkan lapisan serbuk granola. Yogurt mangga sudah sedia untuk dimakan.

INFO: Simpan di dalam peti sejuk untuk rasa sejuk yang sedap.

Mudah bukan resepi yogurt mangga ini dan pastinya lazat. Selamat mencuba.