Resepi Keledek Panggang ala Jamie Oliver

Sumber: https://www.jamieoliver.com/

Bahan-Bahan:

  1. 4 biji keledek
  2. Minyak zaitun
  3. 2 biji avocado
  4. 1 biji limau nipis
  5. 1 segenggam biji labu (mengikut citarasa anda)
  6. 150 g  cheese fresco queso (atau boleh diganti dengan feta cheese atau cheese pilihan anda)
  7. Garam
  8. Lada hitam

Cara-Cara:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180ºC/gas 4.
  2. Letak sedikit minyak zaitun di atas keledek dan taburkan garam dan lada hitam. Kemudian bungkus dengan kertas timah dan panggang di dalam ketuhar selama 1 jam atau sehingga masak.
  3. Bersihkan avocado, buang bijinya dan potong saiz sederhana. Gaulkan avocado dengan perahan jus limau nipis.
  4. Goreng tanpa minyak (sangai) biji labu sehingga berwarna keemasan.
  5. Setelah keledak masak, letakkan avocado cheese (dihancurkan) diatasnya dan akhir sekali taburkan biji labu yang telah di sangai tadi. Keledak panggang anda siap di hidangkan.

Keledek sedap dimakan bersama sos salsa, mayonis atau sos pilihan anda. Selamat mencuba resepi keledak panggang ala Jamie Oliver ini.