Sumber: https://www.jamieoliver.com/

Resepi Kek Frozen Yogurt Simple dan Lazat

Resepi kek frozen yogurt ini di tulis berdasar kan resepi chef Jamie Oliver

Bahan-Bahan:

  1. 250g strawberi
  2. 16 sudu besar yoghurt semula jadi
  3. 250g pisang
  4. 250g raspberi
  5. 250g beri hitam
  6. Buah-buahan (mengikut citarasa anda)

Cara-Cara:

  1. Lapikkan loyang dengan plastik pembungkus.
  2. Kisar strawberri bersama 4 sudu yogurt, kemudian masukkan campuran ke dalam loyang dan bekukan selama sekurang-kurangnya 15minit.
  3. Bersih pengisar dengan air, kemudian kisar pisang bersama 4 sudu yogurt, kemudian masukkan campuran ke dalam loyang diatas lapisan strawberri tadi dan bekukan selama sekurang-kurangnya 15minit.
  4. Ulang langkah di atas untuk raspberi dan beri hitam.
  5. Kek frozen yogurt anda siap setelah lapisan atas sekali keras beku dan anda boleh simpan kek frozen yogurt ini di dalam tempat sejuk beku selama mana yang anda inginkan.
  6. Akhir sekali, potong kek frozen yogurt dan hidangkan bersama buah pilihan anda.

Diharapkan Resepi kek frozen yogurt yang simple dan lazat ini dapat member manfaat kepada anda. Selamat Mencuba.