Resepi Pancake Paling Mudah dan Sedap

Resepi pancake mudah ini diolah dari resepi chef terkenal Jamie Oliver

BAHAN-BAHAN

  1. 1 biji telur
  2. 1 cawan tepung naik sendiri
  3. 1 cawan susu
  4. Sedikit garam
  5. 200 g blueberry (atau buah pilihan anda)
  6. 4 sudu besar yoghurt (atau perasa pilihan anda)
  7. Sedikit minyak

CARA-CARA

  • Untuk membuat adunan, pecahkan telur ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung, susu dan sedikit garam laut.
  • Pukul semuanya bersama-sama sehingga adunan kembang dan masukkan blueberry kedalam adunan. 
  • Panaskan kuali leper, kemudian tuangkan minyak dan sebarkan dengan sekata di dalam kuali.
  • Masukkan adunan ke dalam kuali dan masak selama 1-2 minit untuk setiap bahagian atau sehingga gelembung kecil muncul di permukaan pancake dan berwarna keemasan.
  • Ulang langkah diatas sehinggan adunan habis.
  • Akhir sekali, hidangkan pancake anda dengan yogurt dan blueberri (mengikut citarasa anda).

Resepi pancake yang mudah dan sedap ini sangat sesuai dihidangkan sebagai sarapan pagi untuk keluarga tersayang dan pastinya membuatkan si kecil tersenyum keriangan sambil menikmati pancake ini.