Resepi Salmon Bakar ala Jamie Oliver

BAHAN-BAHAN

  1. 400g kentang (sebaiknya menggunakan baby potato)
  2. 200g kacang panjang
  3. Sengenggam daun basil segar
  4. 200g tomato ceri
  5. 10 biji buah zaitun hitam
  6. Minyak zaitun
  7. 4 x 120 g fillet salmon
  8. 1½ biji lemon
  9. ½ ulas bawang putih
  10. ½ sudu teh Dijon mustard
  11. 4 sudu besar greek yoghurt 
  12. Minyak zaitun (extra virgin)
  13. Sedikit garam laut
  14. Sedikit lada hitam

CARA-CARA

  • Panaskan ketuhar hingga 200ºC / 400ºF.
  • Bersihkan kentang dan potong mengikut saiz yang anda suka kemudian rebus bersama air dan garam selama 10-12 minit sehingga masak.
  • Potong kacang panjang dan masukkan dalam rebusan kentang pada 2 minit yang terakhir.
  • Toskan kentang dan kacang panjang dan alihkan ke dalam mangkuk besar. Masukkan tomato ceri, buah zaitun dan separuh genggam daun basil. Tambahkan 1½ sudu minyak zaitun dan gaul sekata.
  • Masukkan kedalam loyang pembakar dan perasakan dengan garam laut dan lada hitam.
  • Letakkan salmon di dalam mangkuk dan gaulkan dengan 1½ sudu minyak zaitun serta perahan ½ biji jus lemon dan gaul perlahan sehingga sekata.
  • Susun salmon di atas sayuran di dalam loyang pembakar dan letakkan bahagian kulit salmon di sebelah atas.
  • Potong ½ biji buah lemon kepada empat bahagian dan letakkan di atas salmon kemudian bakar selama 10 minit sehinga masak.
  • Yogurt pencicah: Tumbuk daun basil bersama garam laut dan bawang putih yang telah dikopek. Kemudian masukkan bahan kedalam mangkuk dan campurkan mustard, greek yougurt dan perahan ½ biji jus lemon. Tambahkan 1 sudu minyak zaitun extra virgin dan gaul dengan sekata.
  • Hidangkan salmon dan sayur bersama yogurt pencicah dan salmon bakar sudah sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba Resepi Salmon Bakar ala Jamie Oliver yang sedap dan berkhasiat ini. Resepi salmon ini juga sesuai untuk anda yang sedang berdiet.

Sumber: https://www.jamieoliver.com/