Majoriti rakyat Malaysia mengemari durian. Kehadiran buah durian yang bermusim meningkatkan lagi sambutan orang ramai.  Oleh itu aktiviti menjual durian adalah satu cabang Perniagaan yang boleh dipertimbangkan untuk kita Cuba. Dibawah ini saya kongsikan cara-cara Memulakan Perniagaan durian.

6 Cara Memulakan Perniagaan Menjual Durian

 

1. Berdaftar dengan SSM

Anda hendak mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan SSM.
Maklumat Tambahan: Disebabkan situasi COVID-19 yang agak merisaukan di Malaysia dan perlaksanaan PKP oleh kerajayaan Malaysia maka anda memerlukan surat dari FAMA dibawah kategori membekal bahan Makanan bagi membolehkan anda mendapatkan kelulusan merentas negeri Dan daerah. Seterusnya anda hendaklah menunjukkan sijil SSM Dan surat kelulusan FAMA kepada pihak polis bagi mendapatkan kelulusan perjalanan merentas negeri Dan daerah.

2. Mencari pembekal durian yang boleh dipercayai

Langkah kedua dalam Perniagaan durian ialah mencari pembekal durian yang boleh dipercayai. Langkah ini amat penting bagi mendapatkan bekalan durian yang cukup dengan kualiti buah yang terbaik bagi memastikan kepuasan hati pelanggan, sekaligus membolehkan perniagaan kita akan bertahan lama. Pembekal yang baik juga membolehkan kita mendapatkan bekalan durian dengan harga yang murah dan berpatutan.

Anda boleh mencari pembekal melalui website, Facebook atau berjumpa dengan mereka di dusun durian. Kebanyakan pembekal durian adalah dari negeri Johor, Pahang Dan Perak.

3. Tentukan harga jualan durian

Setelah anda mendapat pembekal durian Dan sudah mengetahui harga yang mereka tawarkan. Anda bolehla menentukan harga jualan durian anda samada untuk jualan
Timbang bersama Kulit atau timbang isi durian sahaja.

Anda boleh menjual kedua-dua jenis atau Salah satu sahaja kerana menjual durian timbang isi agak leceh sedikit kerana anda perlu menyediakan kopek durian terlebih dahulu dan menyediakan bekas yang sesuai untuk pembungkusan.

Berdasarkan pengalaman saya, anggaran berat satu biji buah ialah 750g ke 1kg bagi buah bersaiz sederhana dan bagi 2kg buah durian kebiasaannya akan menghasilkan 500g isi durian. Namun ini hanyalah anggaran sahaja kerana ia bergantung kepada jenis dan keadaan buah juga.

Bagi menentukan harga durian, anda boleh menjual harga durian dengan tambahan harga sebanyak RM6 – RM10 setiap kilogram. Namun ini hanya anggaran sahaja kerana anda perlulah mengira kos-kos lain seperti dibawah:

  • Harga buah dari pembekal
  • Kos pengangkutan jika perlu menyewa Hilux atau Lori
  • Minyak petrol
  • Tol
  • Penimbang untuk menimbang berat durian pelanggan (pastikan timbang dikalibirasi dengan betul)
  • Plastik
  • Tupperware jika jual isi durian sahaja
  • Harga sewa tapak menjual (jika perlu)
  • Menambah kos untuk menampung jika terdapat buah rosak atau berat kurang setelah ambil dari pembekal kerana perkara ini sering terjadi

Pastikan anda kira semua jumlah kos anda bagi anda menentukan sasaran keuntungan anda dan jumlah berat durian yang anda ingin ambil dari pembekal

4. Memilih cara Menjual Durian

Setelah anda berjaya mendapatkan pembekal durian dan mengira kos anda
haruslah memilih cara menjual durian yang bersesuaian dengan anda. Anda boleh menjual durian seperti dibawah:

  • Open order / pre-order
    Kumpul order melalui Facebook, group Whatsapp, telegram Dan lain-lain kemudian anda boleh hantar kerumah pelanggan atau ambil di tempat yang dijanjikan
  • Jual di tapak perniagaan
    Piilih lokasi yang strategik untuk menjual kemudian anda hendaklah menganggarkan jumlah buah yang boleh terjual atau berdasarkan sasaran keuntungan anda. Jika buah sukar terjual anda bolehla membuat promosi harga runtuh atau penghantaran percuma ke kawasan berdekatan.
  • Buffet durian
    Ianya seperti makan di hotel dengan mengenakan harga agak tinggi namun pelanggan boleh makan sebanyak mana yang mereka inginkan namun tidak dibenarkan membawa durian pulang. Hanya boleh makan ditapak jualan. Harga haruslah ditetapkan berdasarkan jenis durian. Cara ni agak sukar untuk anda menganggarkan keuntungan namun ianya tidak mustahil untuk dicuba

5. Kunci jumlah berat dan harga durian dengan pembekal

Anda hendaklah memberikan (confirmed) jumlah yang anda ingini dengan pembekal bagi memastikan anda mendapat bekalan buah yang mencukupi. Ini bagi mengelakkan pembekal memberikan buah kepada peniaga lain atau buah tidak mencukupi.

6. Promosi

Setelah itu anda bolehlah Memulakan promosi Perniagaan durian anda melalui Whatsapp, Facebook, Instagram dan lain-lain. Buat promosi berdasarkan cara jualan anda dengan maklumat yang lengkap menggunakan poster, bunting gambar, video, copywriting dan lain-lain.

INFO TAMBAHAN: Pastikan anda mencatit semua perbelanjaan yang di keluarkan serta jumlan berat dan harga jualan setiap pelanggan bagi mengelakkan kecuaian dalam pengurusan wang modal dan untung. Selain itu, bagi memastikan perbezaan jumlah berat belian dengan pembekal dan jumlah berat jualan dengan pelanggan.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda dalam memulakan Perniagaan Menjual Durian. Bagi yang ingin Menjual durian saya doakan anda berjaya dengan cemerlang