Sumber: https://www.nigella.com/

Resepi Ayam bersama Yogurt untuk Diet Sihat

Respi ayam yogurt untuk diet ini saya olah dari resepi Nigella Lawson.

Cadangan hidangan untuk 4-6 orang

BAHAN-BAHAN

  1. 6 dada ayam tanpa kulit
  2. Jus lemon (2 biji)
  3. 75 mililiter minyak zaitun
  4. 500 gram greek yoghurt 
  5. 6 batang daun bawang 
  6. 1 cili hijau (atau lebih jika suka pedas)
  7. 2 ulas bawang putih
  8. ½ biji timun (dikupas dan dipotong menjadi kiub)
  9. 3 sudu ketumbar segar dicincang
  10. 3 sudu besar daun pudina dicincang
  11. Sedikit garam
  12. sedikit lada hitam

CARA-CARA

  • Potong dada ayam memanjang dengan saiz sekata.
  • Gaulkan dada ayam dengan jus lemon, sedikit minyak zaitun, garam dan lada hitam dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Sementara itu sediakan sos pencicah, masukkan yogurt kedalam mangkuk dam campurkan dengan daun bawang, cili, bawang putih, timun dan 2 sudu ketumbar dan pudina yang telah dicincang. Taburkan sedikit garam dan gaulkan bahan-bahan hingga sebati.
  • Tuangkan minyak zaitun ke dalam kuali dan tunggu sehingga cukup panas.
  • Kemudian,keluarkan ayam dan goreng selama 3-5 minit di setiap bahagian sehingga berwarna keemasan dan masak sepenuhnya.
  • Taburkan 1 sudu ketumbar dan pudina kedalam sos pencicah dan ayam yogurt anda siap dihidangkan.

Resepi ayam yogurt ini pastinya lazat dan sangat sesuai untuk diet anda.