Resepi Spaghetti Aglio Olio

Spagetti Aglio Olio adalah salah satu pasta yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sangat sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia dan amat mudah untuk dimasak. Mari saya kongsikan resepi spagetti aglio olio yang sangat mudah seperti dibawah.

Bahan-Bahan:

  • 1 paket spaghetti
  • Sedikit minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih, dicincang halus
  • Chilli flakes (Ikut citarasa anda jika suka pedas boleh letak banyak)
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1/4 ketul kiub ayam
  • Sedikit Oregano
  • Udang (mengikut citarasa – lebih banyak lebih sedap)
  • Capsicum
  • Tomato cherry
  • Sedikit garam dan gula

Cara Penyediaan:

  • Rebus spaghetti dengan sedikit garam dan minyak zaitun.
  • Toskan spaghetti.
  • Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga warna keemasan.
  • Masukkan udang dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan chilli flakes, lada hitam, oregano dan kiub pati ayam.
  • Masukkan spaghetti diikuti capsicum dan tomato.
  • Masukkan sedikit air sebaiknya guna air rebusan sphagetti tadi,
  • Letak sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Sangat mudahkan cara memasak spaghetti aglio olio ni. Selamat Mencuba!!

Jangan lupa kongsikan artikel ini.

#resepispagetti #spaghettiaglioolio