Resepi Ayam Paprik

Ayam paprik adalah menu wajib bagi kedai makanan Siam kerana rasanya yang lazat sering menjadi pilihan utama para pelanggan. Namun untuk memasak ayam paprik bukanlah sukar, anda boleh menyediakan ayam paprik berpandukan resepi yang saya kongsikan dibawah.

Tanpa berlengah lagi mari saya kongsikan resepi ayam paprik yang sangat ringkas dan mudah.

Bahan – Bahan:

  • Ayam (potong dadu) – anggaran dalam 250 -300gram
  • Sedikit minyak masak
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili thai
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Setengah sudu besar sos tomato
  • 3 helai daun limau purut (boleh ubah mengikut citarasa anda)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 biji cili api (dititik) (boleh ubah mengikut citarasa anda)
  • 1/2 labu bawang holland (dihiris)
  • sedikit air
  • Sayur: bunga kubis, kacang panjang, lobak dan tomato cherry)
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • Secubit bahan perasa seperti ajinomoto atau Maggi cukup rasa (optional)

Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumis bawang putih, halia dan cili kisar hingga naik bau.
  • Masukkan bahan-bahan lain iaitu semua sos, kicap, daun limau purut, serai dan cili.
  • Gaul dan masukkan air, kacau sehingga kuah menjadi pekat.
  • Masukkan ayam dan kacau bersama kuah sehingga ayam sedikit lembut/kecut. Jika anda suka kan ayam yang digoreng anda bolehlah goreng ayam separuh masak terlebih dahulu.
  • Masukkan bawang holland dan sayur-sayuran. Gaul rata hingga masak.
  • Angkat dan sedia untuk dihidang.

 

Diharapkan perkongsiaan resepi ayam paprik ini dapat memberi manfaat kepada anda semua. Jangan berlengah lagi mari mencuba resepi ini dan jangan lupa kongsikan artikel ini untuk manfaat bersama.

#resepiayampaprik