Anda nak tahu cara kurus cepat yang selamat?

Dah cuba macam-macam cara tapi masih tak kurus?

Tapi Takut dengan kesan sampingan produk lebih-lebih lagi KKM asyik kemaskini senarai produk bahaya.

Biar saya terangkan apa punca susah nak kurus. Ini penting untuk kita lebih mengetahui kenapa la kita tak kurus-kurus walaupun dah cuba macam-macam cara.

 

4 Punca Susah Nak Kurus

 


1. Tidak Sarapan

 
Waktu pagi yang sibuk dan kelam kabut menyebabkan kita tidak sempat untuk bersarapan.
Bila anda harungi pagi tanpa sarapan, ia akan buat anda berasa lebih lapar di waktu tengahari dan makan lebih banyak. Oleh itu, lupakan niat nak kurus cepat ye.
Jadi anda dinasihatkan untuk mengambil sarapan mudah dan ringkas seperti  minuman protin, oat, telur atau buah- buahan.

2. Lewat Makan

 
Lewat makan adalah antara punca program kurus anda gagal. 
Sebab ia akan naikkan suhu badan, tahap gula yang akan menyukarkan anda untuk bakar lemak yang tersimpan.
Cuba makan paling lewat 3 jam sebelum tidur.
 

3. Tertekan

 
Bila tertekan, kita akan lebih cenderung untuk ambil makanan tinggi kalori dan lemak. 
Ini menyebabkan Badan anda akan menyimpan lebih lemak bila anda stress dan tertekan.
Untuk tangani stress, banyakkan aktiviti luar seperti bersenam dan aktiviti lain yang anda suka. Elakkan makanan berlemak ye kalau nak kurus cepat.

4. Jumlah Kalori yang di Bakar

Berapa cepat anda bakar lemak memang bergantung pada tahap pembakaran kalori anda.
Metabolisma yang tinggi adalah punca anda akan cepat kurus.
Otot yang cukup akan bakar lebih kalori dari anda yang kurang otot.
Oleh itu, pastikan anda ambil cukup protein kalau anda nak kurus dengan cepat ye. Ingat pengambilan protein adalah salah satu cara nak kurus dengan cepat.

 Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.