Anda ada masalah pipi tembam? Tapi tulang pipi tak tinggi pun. Ingin kuruskan pipi dengan cepat? 
Kalau anda tergolong dalam kategori ini anda perlu tahu punca pipi tembam sebelum proses menguruskan pipi anda.

Nak Tahu Punca pipi tembam?

  1. Gemuk
  2. Perokok dan ‘alcoholic’ tegar
  3. Banyak makan makanan segera dan berlemak.
  4. Jarang bersenam.
  5. Kurang minum air masak.
  6. Kurang rehat dan tidur.
  7. Kurang kalsium.

Terlalu banyak mengunyah makanan. 

Dah tahu punca Mari saya kongsikan Cara kuruskan pipi dengan cepat

5 Cara Kuruskan Pipi dengan cepat Dan mudah

1. Kunyah Gula-Gula Getah

 
Mengunyah gula-gula getah atau chew selain boleh menenangkan saraf dan meniruskan pipi anda. Secara tidak langsung, ketika anda mengunyah gula-gula getah ia sudah membuat rahang dan pipi anda bersenam. Anda Cuma perlu mengunyah gula-gula getah setiapkali selesai makan. Tapi jangan buat berlebihan ye nanti mendapat sakit rahang gigi pula!
 

2. Buka Mulut Luas-Luas

Buka mulut luas-luas dengan penuh semangat waja
Seperti waktu anda buat pemeriksaan gigi
Tahan dalam beberapa saat Dan tutup mulut anda. Ulang beberapa kali selama beberapa minit. Lakukan tiga kali sehari. Ingat Jangan berlebihan ye kerana ia boleh membuatkan rahang anda menjadi sakit.
 

3. Menyedut Pipi

Sedut pipi kiri dan kanan anda kedalam sekuat mungkin. Tahannya selama beberapa saat atau seminit.Kemudian lepaskan dan lakukannya secara berulang-ulang kali. Mudahkan
 

4.Facial Wajah

 

Facial wajah atau urutan wajah dapat membantu menringankan ketegangan dan perit setelah melakukan beberapa senaman wajah tersebut. Lakukan sendiri di rumah dengan cara melakukan gerakan pusingan ye.
 

5. Senyum dan Ketawa

 

Senyum dan ketawa mampu menguruskan pipi anda kerana otot – otot wajah akan menjadi relaks. Selain mampu kuruskan pipi, ia juga boleh membuatkan wajah anda selalu awet muda. Jadi hiduplah dengan Positif Dan ceria ye.