Cara Kuruskan Badan dengan Cepat dan Berkesan


1. TETAPKAN MATLAMAT DAN FOKUS UNTUK KURUS

 
 
Anda perlu lakukan dengan bersungguh-sungguh. Jangan Ada alasan. Niat dan terus buat. Jika anda bertangguh maksudnya anda tidak fokus. Keinginan anda tidak cukup kuat.
Fokus dan semangat adalah paling penting dalam proses kuruskan badan dengan cepat.


2. BELAJAR TENTANG KALORI

 

Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1200 kcal sehari, jangan makan 2000 kcal pula untuk sehari itu. sudah melebihi keperluan anda.
Anda boleh timbang di farmasi atau gym untuk mengetahui jumlah kalori Yang diperlukan. Selalunya percuma.
Crash diet selalunya ambil kurang daripada 1000 kcal sehari, ia tidak digalakkan kerana anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga.
Namun setiap individu mempunyai keperluan Yang bebeza jadi ambil tahu keperluan anda sebelum mula ikut Cara kuruskan badan cepat ini.

3. MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL

 
 
Maknanya, makan sikit-sikit tetapi banyak kali. 
 
Bukan makan sekali tapi Dalam kuantiti Yang banyak. Simpan biskut Dan kekacang dalam bag jika perlu. Jangan simpan biskut berkrim Pula ye. 
 
Pastikan ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.
 

4. ELAKKAN MAKAN WAKTU MALAM

 

Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. 
 
Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.
 
Lepak Mamak waktu malam memang best dan sedap tapi ingat matlamat anda untuk kuruskan badan ye
 

5. ELAK MAKANAN DAN MINUMAN BERGULA

 

Bukan saja penting untuk kuruskan badan dengan cepat Malah untuk mengelakkan diabetes.
 
Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik.
 
Air kosong tak sedap? 
 
Minumlah air bergula dan kerap makan dessert, pasti anda tidak akan kurus!
 

6. TUKAR KEPADA MAKANAN YANG RENDAH LEMAK

 
 
Katakan tidak pada teh tarik dan nasi lemak bungkus dan Yang seangkatan dengannya.
 
Baca informasi kandungan makanan dibungkusan untuk memastikan jumlah lemak Dan kalori Yang anda ambil.
 
Berbalik pada ilmu, pelajari tentang pengambilan kalori. Sama juga dengan pengambilan lemak.
 
Bila anda Jaga pengambilan kalori Dan lemak pasti anda dapat kurus dengan cepat.

7. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

 

 
Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari.
 
Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak.

8BERSENAM

 

Selalu gerakkan badan itu antara kunci utama nak kuruskan badan cepat.

Pilih tangga berbanding lif dan escalator

Buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina. Mulakan dengan senaman ringan. Pasti badan anda akan kurus cepat.
 
Selamat mencuba tapi ingat Semuanya bergantung kepada disiplin anda.