3 Cara Senaman untuk Kuruskan Peha

Ingin tahu Cara untuk kuruskan atau kecilkan peha?

Bagi meraka Yang mempunyai bentuk badan pear pasti ingin menguruskan bahagian pehakan.

Yela nak beli baju pun tak seronok kadang2 baju size M tapi Kain atau seluar size XL.

Antara cara untuk kuruskan peha yang biasa kita lakukan adalah berlari, jogging dan berbasikal.

Macam dah bosan Dan perlu ke luar rumah. Anda ingin tahu cara lain untuk mengecilkan peha anda di rumah je?

Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk menguruskan bahagian peha anda yang dikongsikan oleh Kevin zahri.

1. ‘Kerusi bayangan’

 

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:

Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.

Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan.

Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk.

Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.

Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak
semula.

Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan.

Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.

Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk.Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali.

Lakukan 5 kali setiap hari.

Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi lama kelamaan jadi mudah.

Ini antara cara terbaik kuruskan peha anda tanpa keluar Dari rumah.

 

2. Pergerakan “menggunting”

 

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi.

Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan.

Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

Memang penat tapi bila sudah lihat hasilnya pasti anda suka. Peha Yang kecil Dan kurus!

3. Pusingan bulatan

 

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh.

Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh kuruskan peha anda

 

Diharapkan perkongsian cara menguruskan peha ini dapat membantu anda mendapatkan peha impian anda.