Jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tapi mampu menjejaskan penampilan seseorang kerana terdapat tompok-tompok hitam dimuka. Sekaligus membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Jeragat sukar untuk hilang dan menjadikan kulit anda kelihatan tidak cantik Dan nampak tidak sihat.

 
Jeragat juga dikenali sebagai tompok hitam,pigmentasi pada kulit yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan,wajah dan leher.Namun dengan teknologi dunia kecantikan,masalah jeragat kini boleh diatasi.Ingin ketahui dengan lebih lanjut rawatan yang sesuai mengatasi masalah jeragat?
 

Apa Itu Jeragat?


Jeragat atau  merupakan  antara top 10 masalah kulit yang kerap dihadapi oleh kaum wanita yang berumur di antara  20 hingga 50 tahun. Namun lelaki juga Ada Yang mempunyai masalah jeragat. Jeragat kerap muncul di kawasan muka seperti di bahagian pipi, hidung dan dahi.
 
Terdapat jeragat yang berada di lapisan kulit Ada juga Yang berbentuk seperti tahi lalat kecil yang timbul. Kebiasaannya, kedua-dua jenis jeragat ini akan muncul serentak. Jeragat di muka tidak merbahaya tetapi jika dibiarkan ia akan menjadi semakin tebal Dan kronik.
 


Warna kulit Dan jeragat

 
Jika tubuh Kita menghasilkan banyak melanin kulit Kita Akan menjadi gelap. Antara penyebab kulit menjadi gelap adalah mengandung Dan terkena sinaran UV. Maka jika badan menghasilkan melanin yg sedikit kulit akan menjadi lebih cerah.
 
Melanin mempengaruhi warna kulit manusia, jika melanin terlebih ia dipanggil hyper-pigmentation dan jika terkurang dipanggil hypo-pigmentation.
 
Mungkin anda kurang pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan jeragat di muka. 
 
 

Hyper-pigmentation

 




Hyperpigmentation adala normal dan selalunye tidak menyakitkan  ia menyebabkan satu kawasan kecil kullit menjadi gelap berbanding warna kulit yang lain. Keadaan ini berlaku apabila berlebihan melanin. Pigmen coklat yang menghasilakan warna kulit yang normal akan membentuk di bawah kulit.


Hypopigmentation

 

 


Hypopigmentation pula adalah kehilangan warna kulit, ia disebabkan oleh kekurangan melanin atau pun kekurangan asid amino tyrosine yang digunakan untuk menghasilkan melanin. Dan ia juga menyebabkan pigmentasi iaitu jeragat.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi info pada anda semua.

#hilangkanjeragat #jeragat #antioksidan #puncajergat #atasijeragat #masalahkulit #kulitcantik #tfadzlinabeauty #jeragatsukarhilang #jeragatdegil #ubatjeragat #krimjeragat #petuamoden #petuaatasijeragat #petuamudah, #vitamin #kulitsihat #kecantikan #vitamin  #glacomplex #rawatjeragat #atasijeragat #jeragatteruk