Kenapa Fadz pilih detox sebagai post pertama untuk blog ni setelah 7 tahun menyepi sebab saya perlukan detox!!.. Sejak dah beranak dua ni selalu rase lemah and angin2 satu badan. Maka bermula misi Fadz research, google dan tanye2 orang sekeliling dan kebanyakan suggest detox dan mak (dan kawan) suruh minum air halia :).. Jadi campuran moden dan tradisional ni memang detox la jawapannye!!!. Fadz share dulu ape itu detox ye?

 

Apa itu Detox?

 

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses menyingkir dan membuang segala kotoron dan racun (toksin) dari seluruh organ dalam badan kita. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Detox dilakukan untuk memastikan semua badan kita sihat, kulit bersih dan memastikan semua organ mampu berfungsi sengan optimum jadi say no to letihh!!.. Sentiasa bertenaga !!!

Apa itu Toksin?

 

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Ada toksin yang larut dalam air dan ada juga yang larut dalam lemak. Toksin yang lebih bahaya yang larut dalam lemak sebabtoksin ni boleh menganggu sistem detox semulajadi dalam badan manusia dan metabolisme badan. So untuk mereka yang ada masalah berat badan, melakukan detox adalah amat digalakkan. Toksin ni boleh datang dari macam-macam antaranya, udara, makanan dan stress pun blh akibatkan toksin tau.. So agak mustahil la kalau takde toksin dalam badan kita ni. 

Tanda-tanda anda perlukan detox:
 
  1. Selalu letih
  2. Insomnia sukar tidur
  3. Mudah lupa
  4. Resdung
  5. Sembelit dan kembung perut
  6. Sakit sendi
  7. Jerawat
  8. Naik berat badan

 

#detox #detoksifikasi #toksin #buangtoksin#puncatoksin #tandatoksindalambadan #detoxclean #detoxacne #detoxdiet  #healthylifestyle